Ekonomi

Kerjasama strategik Cedar dan Qatar Airways beri manfaat kepada ahli ODELA

Pelanggan SME Bank yang berdaftar dengan Platform Digital ODELA yang dikendalikan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn.Bhd. atau CEDAR, anak syarikat milik penuh SME Bank, berpeluang untuk mendapatkan 5,000 mata ganjaran Qrewards dari Qatar Airways hasil daripada kolaberasi strategik antara CEDAR dan Qatar Airways yang temeterai baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CEDAR, Mohd Sofian Zubir berkata, “Kerjasama antara CEDAR dan Qatar Airways ini adalah antara usaha SME Bank dan anak syarikatnya mengembangkan perkhidmatan di luar skop pembiayaan. ODELA merupakan salah satu inisiatif bagi membantu usahawan PKS meluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka secara digital. Di samping itu, ahli ODELA juga akan mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan dan analisis perniagaan bagi membantu mereka merancang pembangunan perniagaan mereka.”

Mohd Sofian Zubir menambah, “Kolaborasi dengan Qatar Airways ini akan membolehkan pelanggan SME Bank yang berdaftar dengan ODELA menerima mata ganjaran Qrewards setelah mereka berdaftar menjadi ahli Qatar Airways Beyond Business melalui platform ODELA. Mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh Qatar Airways.”

“Kolaborasi strategik antara Qatar Airways dengan CEDAR dan SME Bank adalah satu langkah bagi Qatar Airways membantu perkembangan ekosistem perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia berhubung dengan negara-negara luar terutamanya di Eropah, Afrika, Amerika dan Timur Tengah. Qatar Airways terbang dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke lebih daripada 120 destinasi seluruh dunia,” ujar Pengurus Serantau ASEAN Qatar Airways Dato’ Muzammil Mohamad.

ODELA adalah salah satu aplikasi di bawah Platform Digital PKS Kebangsaan yang merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan diletakkan di bawah seliaan SME Bank. Pembangunan Platform Digital PKS Kebangsaan ini merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Digital dua tahun SME Bank yang bermula pada akhir tahun 2018.

ODELA merupakan sebuah platform e-dagang yang menghubungkan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B). Sejak dilancarkan pada 3 Disember 2019, ODELA telah berjaya mencatatkan transaksi berjumlah lebih RM4.6 juta dan sebanyak 848 produk dan perkhidmatan telah disenaraikan di dalam platform ODELA ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan ODELA dan juga mata ganjaran Qrewards, sila layari www.odela.com.my atau www.qatarairways.com/beyondbusiness.

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button