Rencah Hidup

Misi Serantau Muslim: Cabaran bukan penghalang Farah Lee ke Yaman

YAMAN merupakan sebuah negara yang terletak di Jazirah Arab, kawasan Timur Tengah yang terdapat pelbagai fakta dan tempat yang menarik untuk diterokai.

Namun kini Yaman agak berbahaya akibat pemberontakan Sa’dah yang juga dikenali dengan perang saudara di Yaman sejak Jun 2004.

Walaupun situasi di sana agak berbahaya dengan kemungkinan jaminan keselamatan yang rendah dan serangan yang tidak diduga, Serantau Muslim tetap nekad dan memberikan komitmen yang tinggi.

Misi Serantau Muslim ini turut disertai oleh aktivis kemanusiaan, Farah Lee.

Menurutnya, beliau merasa satu tanggungjawab untuk ‘membongkar’ kemelut kemanusiaan di Yaman untuk diketahui oleh komuniti dunia khususnya rakyat Malaysia.

Kata Farah, isu kemanusiaan di Yaman adalah yang terburuk dalam dunia dan kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Apa yang lebih mengejutkan, lebih 17.4 juta penduduk Yaman yang terkesan dengan konflik yang berlaku di negara mereka sejak lapan tahun lepas.

Farah mengajak semua pihak agar sama-sama menyokong misi kemanusiaan ini kerana ia bukan sekadar misi kebajikan semata-mata tetapi sebagai tanda kebersamaan terhadap umat Islam Yaman yang sedang mengharungi cabaran yang penuh berliku.

“Ramai-ramai kitaberikan sokongan, doa dan sumbangan kepada kempen Untukmu Yaman yang digerakkan oleh Serantau Muslim,’ katanya dalam satu kenyataan.

Misi Untukmu Yaman sedang berlangsung ketika ini, kini mereka sedang mengagihkan sumbangan di Marib, Yaman.

Antara sumbangan yang diagih-agihkan ialah bantuan makanan, bekalan air bersih, projek ekonomi masyarakat, klinik bergerak, sedekah daging, bangunan sekolah, tajaan guru, bantuan alat kelengkapan sekolah dan sebagainya.

Untuk rekod, Marib adalah sebuah wilayah dihuni oleh lebih 2 juta pelarian, yang datang dari wilayah lain dan terpaksa menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri.

Mereka memilih untuk menjadi pelarian di Marib kerana ia adalah antara wilayah yang selamat untuk diduduki berbanding lokasi lain di Yaman yang sentiasa berisiko untuk diserang dan diancam.

“Ramai yang mati bukan sahaja kerana peperangan tetapi kebuluran, penyakit berjangkit dan lain-lain masalah yang tak mampu dibendung.

“Saya mahu ambil keberkatan Yaman yang didoakan Rasulullah, saya yakin setiap pengorbanan kita akan dinilai disisi Allah SWT.

“Penduduk yaman kini mengharapkan bantuan dan perhatian kita. Apa yang mereka alami sekarang adalah tanggungjawab kita”, katanya.

Ayuh sama-sama bersama Farah Lee menyokong usaha Serantau Muslim untuk membantu rakyat yang sengsara di Yaman menerusi untukmuyaman.com. – SM

BACA Serantau Muslim bawa misi besar ke Yaman

BACA Gempa bumi Turkiye: Serantau Muslim seru seluruh dunia bantu dan bersolidariti

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button