Nasional

Misi selamatkan gelandangan dari Covid-19 di KL

BILANGAN kes Covid-19 yang melebihi 6,000 angka setiap hari ternyata mencemaskan banyak pihak.

Nasib golongan gelandangan yang seringkali terlepas daripada pandangan menjadi fokus pihak berkuasa di ibu negara malam tadi.

Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi lain melakukan operasi menyelamatkan golongan itu malam tadi.

Operasi dijalan di sekitar kawasan Brickfields, KL Sentral, Masjid Negara, Dataran Merdeka, Jln Raja Laut, Jalan TAR, Maju Junction, Masjid India, Masjid Jamek, Cahaya Suria, Bangkok Bank dan di sekitar Hentian Bas Klang.

Menurut DBKL sejumlah 133 orang gelandangan telah berjaya di selamatkan di kawasan terbabit untuk ditempatkan di beberapa Pusat Sementara Gelandangan (PSG)

“DBKL telah bertindak memulakan operasi menyelamat para gelandangan di sekitar pusat bandar pada 23 Mei Ahad bermula jam 11:00 malam hingga selesai pada awal pagi tadi.

“Operasi ini turut dibantu oleh agensi sahabat seperti PDRM, JIM, AADK, APM, JKM, YKN dan jabatan dalaman DBKL dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 125 orang,” katanya.

Sejumlah 87 orang gelandangan telah ditempatkan di Pusat Sementara Gelandangan (PSG) Sentul Perdana kesemuanya warganegara Malaysia dengan 80 daripadanya lelaki dan 7 wanita.

Semenentara 34 lagi ditempatkan di PSG Setiawangsa terdiri daripada 31 lelaki dan 3 wanita kesemuanya warganegara Malaysia.

Manakala 12 bukan warganegara Malaysia ditempatkan di PSG Jinjang Utara melibatkan 11 lelaki dan seorang wanita.

“Tindakan proaktif DBKL dan agensi ini diharap dapat membantu mengawal penularan pandemik Covid-19 di kalangan para gelandangan di samping membantu untuk memulihkan tatacara kehidupan mereka. Bantu kami untuk bantu mereka,” katanya.-SM

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button