Hiburan

Mila Jirin beri sokongan pada Perdana Menteri, minta netizen jangan politikkan isu Covid-19

Sejak akhir-akhir ini, cara kerajaan menangani krisis Covid-19 yang melanda negara mendapat kritikan.

Namun, berbeza pula bagi penyanyi dan usahawan, Mila Jirin yang terus memberi sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Mila, buat masa ini biarlah pihak kerajaan membuat kerja dan rakyat juga harus menjalankan peranan masing-masing.

“Biarlah pihak kerajaan buat kerja mereka, mereka lebih arif dari kita yang naif dan terbatas pengetahuan yang kita ada.

“Jangan lah kita serba serbi tak kena, serba serbi salah. Muhasabah diri kita dan lakukan tanggungjawab sebagai rakyat,” katanya.

Mila turut memberitahu yang dirinya sebab apabila seorang Perdana Menteri sanggup menerima label ‘bodoh’ daripada orang ramai.

Malah, penyanyi itu turut memberitahu pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0), begitu ramai yang memberi pujian melambung ketika menerima bantuan daripada pihak kerajaan.

“Kenapa pada waktu itu tidak ada sesiapa pun yang cakap ‘bodoh’ kepada mereka (kerajaan)?? Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.

“Saya adalah seorang yang tidak mempunyai kaitan dengan politik. Jadi geng-geng politik tidak perlu mesej saya untuk beritahu mengenai isu darurat atau politik.

“Kita kena berhenti menulis perkara yang boleh melemahkan semangat orang lain. Kita kena tunjukkan sikap positif terhadap ekrajaan sekarang. Mereka lakukan macam-macam untuk selamatkan kesihatan kita,” katanya.

Tambahnya, dia turut akan memberi sokongan dan mendoakan Muhyiddin supaya Allah terus bantu dan memudahkan urusan beliau serta kerajaan untuk menguruskan Covid-19 dalam negara. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button