Nasional

MIED ada peruntukan RM5.8 juta untuk pinjaman, biasiswa

INSTITUT Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), entiti milik MIC memberi pinjaman dan biasiswa pendidikan berjumlah RM5.8 juta bagi tahun ini.

Timbalan Pengerusi MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, inisiatif yang bermula sejak 1984 itu berjaya melahirkan lebih 15,000 siswazah khususnya daripada kalangan masyarakat India.

“Setakat ini, RM163 juta telah dibelanjakan untuk tujuan dana ini agar tiada yang tercicir dalam pendidikan.

“Tradisi yang dimulakan oleh bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu masih diteruskan sehingga kini agar lebih ramai dapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian usai majlis penyampaian cek pinjaman pendidikan MIED 2020 kepada 301 penerima hari ini.

Pada majlis itu, pelajar menerima cek pinjaman termasuk biasiswa berjumlah RM3.3 juta untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang antaranya perubatan, teknologi maklumat dan undang-undang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button