Ekonomi

MGRC ambil inisiatif sokong program YSN

PETALING JAYA 28 April – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, mengambil inisiatif dengan menyokong program Ihya Ramadan 2022 Yayasan Seri Negara (YSN) melalui sumbangan wang untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pengarah Eksekutif MGRC, Azri Azerai berkata, pihaknya gembira dan berbesar hati dapat membantu YSN dalam program Ihya Ramadan 2022.

“Walau tidak banyak tetapi cukup bemakna, dan kami mahu melakukan bahagian kami dalam meringankan beban mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik.” katanya di sini hari ini.

Program Ihya Ramadan 2022 akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara membabitkan majlis berbuka puasa dan pemberian bantuan kewangan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.

Bantuan tunai MGRC akan diagihkan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semasa program Ihya Ramadan 2022 yang diadakan di lokasi pada 27 April 2022 jam 6 petang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button