GajetUlasan

Meriahkan PKP anda dengan permainan video yang menyeronokkan!

Adakah anda terfikir untuk berkumpul dengan kawan-kawan dan meluangkan masa bersama? Lupakan permainan kad; simpan sahaja permainan papan dalam almari. Bersiap sedia dengan pengembaraan maya anda dengan keselesaan rumah anda sendiri – pasangkan permainan video kegemaran anda siap-siap dan nikmatinya di skrin TV serba ultra-moden dengan sokongan HDR (High Dynamic Range).

Apa? Main game memudaratkan kesihatan? Adakah anda betul-betul pasti? Bertentangan dengan apa yang kita selalu dengar, anda akan terkejut kalau anda tahu dengan bermain game, banyak manfaat yang anda boleh dapat. Menurut Video Games and Well-being: Press Start[1], orang yang main game akan menikmati kesan psikologikal yang positif seperti menguatkan mental, berfikiran yang lebih fleskibel, menanam sifat gigih berusaha dan pertumbuhan jati diri yang baik.

Bila dah terlampau asyik sangat dengan game di skrin TV macam TV LG NanoCell, pengalaman permainan bukan sahaja tampak kelainan, malah dinaiktaraf berlipat kali ganda pula. Apa lagi? Kualiti gambar yang macam tak masuk akal dari pelbagai sudut? Ketulenan warna? Semua ada! Paling penting sekali, peluang dapat meluangkan masa bersama yang tersayang dan rasa seronok bersaing  dengan kawan-kawan yang bernilai tiada tolok bandingnya. Sedikit tips dari kami, jangan sesekali lupakan snek!

Kami ada beberapa cadangan permainan video terbaik yang anda boleh kongsikan dengan kawan-kawan, antaranya:

Mario Kart

Permainan yang lucu dan hangat dengan persaingan, Mario Kart, adalah permainan klasik yang boleh buat anda tak senang duduk. Lebih-lebih lagi apabila anda dah mula drifting, memejut laju sehinga meninggalkan pemain lain dan melompat tinggi! Tiada game lain yang menguji persaingan lebih dari game Mario Kart. Dengan ciri utama Pure Colours dari TV LG NanoCell, pemain akan menikmati permainan perlumbaan kart dengan lebih mengujakan – teroka Dunia Mario dengan pengalaman Very Impressive Picture (VIP) dari sudut paparan yang luas dan warna yang cukup cerah. Pengalaman permainan tidak akan hambar kerana anda dapat meneroka dunia yang lain, dengan pelbagai trek perlumbaan dengan warna-warna euforia yang cantik.

Beraksi dalam Mario Kart yang kaya dengan pilihan penambahan kuasa untuk kart anda tidak lagi sama dengan ciri Pure Colours dari TV LG NanoCell – dari saat anda mengumpul cendawan ajaib yang meningkatkan kelajuan, lemparan warna-warni Koopa Shells untuk elakkan pihak lawan memecut sehinggalah megenakan Banana Peels untuk memperoleh tempat pertama. Dengan ciri Pure Colours, permainan klasik ini tampak hidup dengan sempurna dari setiap inci, ibarat terkeluar daripada kaca skrin dan menyediakan pengalaman permainan terbaik yang dapat dikongsi bersama.

Overcooked

Selain dari Mario Kart, apa kata anda cuba sesuatu yang lain untuk hangatkan suasana bersama kawan-kawan? Daripada persaingan sengit, bagaimana pula sekiranya anda menjalinkan kerjasama yang penuh tenaga? Overcooked bukan permainan video masak-masak yang biasa, ianya memerlukan kerjasama yang kuat untuk menang. Tukarkan diri anda kepada seorang chef, tajamkan pisau dapur dan berlumba melawan masa dengan kawan-kawan chef untuk menyediakan, memasak dan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk pelanggan restoran anda. Peringatan; bersiap sedia dengan sesi masakan yang penuh dengan huru-hara dan drama ketika menjalankan tugas dapur. Sudah pasti, semua tu adalah sebahagian daripada proses yang menyeronokkan!

Permainan yang membuatkan anda terkejar-kejar dan tunggang terbalik di dapur ini akan bertambah lengkap dengan ciri Low Input Lag dari TV LG NanoCell – memberi ruang kepada anda dan kawan-kawan untuk bertindak lebih pantas. Andaboleh dapatkan pengalaman mengurus chef-chef di dapur maya dengan paparan grafik yang tinggi – membuatkan keadaan lebih realistik dengan cabaran permainan yang menjengkelkan dan akan menguji kebolehan pasukan anda untuk menyiapkan tugasan mengikut turutan yang betul, juga di bawah tekanan masa yang singkat. Dipadankan dengan ciri HDMI 2.1, anda boleh nikmati permainan epik ini sepenuhnya dan pemain lain juga takkan terlepas mengambil pesananTidak mudah nak elakkan diri daripada bertelagah dengan pemain lain, tetapi semangat kerjasama bagai aur dengan tebing adalah kritikal untuk memastikan semua pemain mendapat pengalaman yang menarik.

Just Dance

Mengapa bermain game sambil duduk saja sekiranya anda mempunyai pilihan untuk menari? Cabar kawan anda, ajak mereka untuk berentap dalam acara menari pula dengan Just Dance. Ianya permainan berasaskan pergerakan yang menyokong berbilang pemain untuk menari. Pilih saja lagu dan jenis tarian yang anda suka, anda boleh mula menari. Setiap pusingan dalam permainan mempunyai koleksi lagu yang pelbagai sesuai dengan rentak koreografinya.

Kalahkan lawan anda dengan ikuti gerak-geri tarian di skrin, uji kebolehan anda untuk bertindak tepat dengan apa yang terpapar. Dengan permainan berteraskan persaingan seperti Just Dance, suasana dapat dihangatkan dengan aksi tarian anda dan kawan-kawan untuk mengikut rentak muzik. Apa-apa pun, jangan risau dengan visual yang tersangkut-sangkut, sebab teknologi dari TV LG NanoCell seperti AMD FreeSync™ Premium mampu memberi sokongan untuk anda dan kawan-kawan menikmati permainan tarian yang lebih lancar.

Sudah semestinya, ciri Variable Refresh Rate (VRR) dari TV LG NanoCell mampu menyokong pergerakan pantas dalam resolusi yang lebih tinggi dan tepat, maksudnya membolehkan anda dan kawan-kawan boleh menari mengikut rentak.

Itulah dia – permainan yang pasti mengujakan dan realistik sehingga hari ini. Jadikan sesi permainan yang anda inginkan itu pengalaman yang takkan dilupakan. Jadikannya pengalaman VIP, memberi peluang tetamu anda untuk menikmati ketulenan warna dan kandungan berkualiti tinggi dari skrin anda. Sekali lagi diingatkan, jangan lupa Super Rings dan Twisties sepanjang sesi permainan.


[1] Kowert, R., 2020. Video Games and Well-Being: Press Start. Cham: Palgrave Macmillan.

Kredit : EnjinDot.Com

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button