Luar Negara

Warga dari pelbagai negara di Arab Saudi dibenar kerjakan haji

ARAB Saudi memutuskan untuk membenarkan jemaah menunaikan ibadah haji tahun ini di tengah-tengah kebimbangan mengenai jangkitan virus maut Covid-19.

Bagaimanapun negara tersebut menghadkan jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Stesen televisyen al Ekhbariya,melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan.  Bagaimanapun jemaah datangnya dari mereka yang sudah menetap di Arab Saudi.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif kesihatan umum dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko yang dikaitkan dengan pandemik ini.

“Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik,” lapor stesen itu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button