Nasional

Menyingkap realiti dalam landskap media Malaysia yang kian berkembang

Dalam usaha kolaborasi, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) dan Suruhanjaya Komunikasi  Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan semina Beyond Headlines – A New Era of News yang
mengumpulkan pakar industri dan ilmuwan untuk membicarakan cabaran di dalam landskap media Malaysia.

Seminar yang telah dianjurkan ini mendalami bidang tumpuan utama, termasuk membanteras penyampaian maklumat yang salah, menggalakkan pelaporan yang beretika, mengurus kebanjiran maklumat dan menekankan pemikiran kritis masyarakat.

Sesi panel membincangkanperanan penting organisasi berita dalam menerapkan ketelusan, pelaporan yang beretika dan pengawalan kendiri, menangani cabaran seperti pelaporan topik sensitif, pengaruh teknologi
dan sifat kewartawanan era digital yang kian berkembang.

Dalam kenyataan pembuka majlis, Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin, menekankan keperluan kritikal untuk kerjasama di antara media tradisional dan baharu.

Beliau juga menekankan peranan penting untuk mengekalkan kesederhanaan dan kestabilan
dalam penyebaran berita.

Menjawab pelbagai perspektif tentang perkara yang ‘memudaratkan’, beliau menyatakan, “Terdapat tanggungjawab bersama antara pengawal selia dan wartawan dalam menyemak fakta. Kod Kandungan, sebuah panduan komprehensif oleh CMCF, menawarkan pandangan berharga untuk pengamal media mengemudi industri yang dinamik melalui kawalan kendiri.”

Menyesuaikan Diri Di Antara Perubahan

Peranan penting organisasi berita sebagai kubu terakhir untuk menyemak fakta merupakan tema penting dalam situasi kebanjiran maklumat.

Perbincangan tertumpu pada kebimbangan yang semakin meningkat mengenai percambahan maklumat yang salah, memberi penerangan tentang potensi peranan AI dalam membezakan berita palsu, termasuk menentukan individu yang terlibat dalam aktiviti dalam talian yang berniat jahat, yang biasanya dirujuk sebagai tentera siber.

Perbincangan ini juga menekankan keperluan untuk berwaspada apabila menggunakan sistem semakan fakta yang dipacu AI, menekankan kepentingan & semakan terhadap penyemak fakta.

Memanfaatkan AI juga memberikan kelebihan besar dalam kewartawanan dengan kebolehan menganalisis set data yang luas secara pantas, menawarkan alat penting untuk menangani maklumat salah dalam era digital.

Selain dari pilihan pengguna yang sering berubah, pelantar media juga bergelut dengan keperluan untuk menyesuaikan diri, terutamanya disebabkan oleh keutamaan generasi muda untuk maklumat ringkas dan bersaiz ringan.

Penyesuaian ini meliputi keperluan menyesuaikan kandungan untuk pelbagai format berita, terutamanya pada pelantar media baharu muncul seperti media sosial, untuk melibatkan diri secara berkesan dengan generasi baharu pengguna kandungan ini.

Para pakar membincangkan interaksi kompleks media dan politik, menangani kebimbangan mengenai bias dan pengaruh media terhadap pendapat umum.

Cabaran ini juga menekankan keseimbangan yang diperlukan antara memenuhi permintaan pengguna untuk
maklumat dan mengekalkan prinsip pelaporan yang bersifat neutral.

Mengimbangi Sensitiviti, Etika dan Inklusif dalam Kewartawanan

Dalam menerokai pelbagai aspek tanggungjawab media, ahli panel mendalami kesan data carian Google terhadap arah aliran, menekankan keperluan untuk pelaporan berita tanpa diskriminasi kerana ia berupaya membentuk pendapat umum.

Perbincangan turut diperluas untuk menangani isu-isu utama seperti mengurangkan stigma mengenai pelaporan kes bunuh diri, mencabar stereotaip berbahaya, ucapan bernada kebencian dalam talian, melindungi privasi kanak-kanak dan menyokong penceritaan yang berperikemanusiaan, terutamanya berkaitan dengan masyarakat terpinggir dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Wartawan seharusnya memikul tanggungjawab untuk memerangi stigma dalam pelaporan, terutamanya mengenai topik sensitif dan mengelakkan tajuk berita sensasi yang boleh mengeruhkan lagi isu masyarakat atau menyemarakkan lagi stereotaip.

Suntingan Berita dalam Era Digital

Seminar itu turut menekankan peranan penting teknologi, mengiktiraf sumbangannya terhadap perniagaan yang mampan, termasuk penggunaan media sosial sebagai saluran berita.

Walau bagaimanapun, kebimbangan mulai timbul terhadap landskap persaingan, terutamanya apabila berurusan dengan algoritma yang rumit dan waktu strategik penerbitan berita, di mana faktor masa yang terhad boleh menghasilkan akibat yang ketara.

Di samping itu, mengemudi alam media sosial adalah satu cabaran besar kerana pengaksesan yang mudah membuka ruang untuk penyebaran berita palsu dan maklumat salah.

Dalam era digital, ruang berita berdepan dengan cabaran apabila berhadapan dengan pengaruh AI. Ia mendedahkan pelbagai spektrum perspektif; sesetengah menyuarakan kebimbangan mengenai potensi pemberhentian kerja dan keseragaman, manakala yang lain menganggap AI sebagai alat untuk memupuk pemikiran kreatif dan kepelbagaian linguistik.

Pada dasarnya, sesi itu menekankan keseimbangan yang rumit antara menerima kemajuan teknologi dan memelihara nilai teras kewartawanan.

Sebagai penutup seminar, Encik Kenny Ong, Pengerusi CMCF berkata, “Kami tidak mempunyai semua jawapan, kerana peranan CMCF bukanlah untuk menyediakan jalan penyelesaian tetapi menawarkan alat untuk  menemuinya.

“Penyelesaian yang dicari mesti dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia, dengan mengambil kira nilai unik kami. Kami tetap berdedikasi untuk memperjuangkan kawalan kendiri, kerana kami percaya ia adalah  penyelesaian yang optimum, dengan Kod Kandungan kami yang sentiasa dikemaskini juga mengalu-alukan input
media yang berharga untuk penambahbaikan secara berterusan. Sertai perbahasan, dan bersama-sama, kita akan membuat perubahan yang diperlukan.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button