NasionalPendidikanpilihan

Menteri Pendidikan Tinggi buat kunjungan pertama ke KUIPs

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melakukan kunjungan pertamanya ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), semalam.

Kunjungan ini juga membolehkan beliau melihat sendiri persiapan yang dilakukan untuk kenaikan taraf.

“Pertama kali sampai di sini, dengan tiada notis awal, saya sempat berjumpa dengan beberapa pengurusan pentadbiran KUIPs, pensyarah dan juga pelajar,” ujar beliau diakhir lawatan itu.

Zambry Abdul Kadir diiringi Abdul Basir Awang (dua dari kiri) masuk ke KUIPs.

KUIPs merupakan institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Perlis dan dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Menurut beliau lawatan ini selepas Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle mengadakan kunjungan di pejabat beliau tempoh hari.

Katanya, walaupun KUIPs bukan berada di bawah institusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), insya-Allah beliau akan cuba bantu dan koordinasi keperluan dan usahasama dalam menjadikan KUIPs sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang mampu melahirkan lebih ramai graduan berkualiti tinggi dan menjadi rujukan peringkat dalam dan luar negara.

Zambry Abdul Kadir menerima cederamata dari Abdul Basir Awang sempena lawatan ke KUIPs.

Ketika di Bilik Mesyuarat Utama KUIPs Pauh beliau sempat berborak melalui panggilan video dengan Prof Dr Rozaimi dan Mufti Perlis Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berada di Kuala Lumpur atas tugasan rasmi kelmarin.

Mufti Perlis dan Rektor turut berterima kasih kepada pihak KPT atas kunjungan ke KUIPs walaupun sekejap.

Terdahulu beliau bersama delegasi diberi taklimat mengenai KUIPs oleh Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli. – SM

Artikel berkaitan > Pelajar KUIPs buat bubur lambuk untuk edaran percuma

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button