Luar Negara

Menteri Kebudayaan Perancis dijangkiti COVID-19

MENTERI Kebudayaan Perancis, Franck Riester disahkan dijangkiti COVID-19.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berada dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri itu pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.

Terdapat 1,412 kes di Perancis dengan 25 kematian setakat  pukul 3 petang (1400 GMT) semalam, menurut Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, COVID-19 telah mengubah budaya kelaziman masyarakat Perancis.

Jika anda ke Paris kebelakangan ini, jangan harap berpeluang untuk berlaga pipi dengan mademoiselle pertama yang anda kenali.

Kalau anda tidak ditampar; lebih malang lagi, mungkin akan dimasukkan hospital sebagai pesakit COVID-19!

Sekiranya anda pergi ke United Kingdom (UK) dan Jerman, sentuhan bersalaman pun sudah jarang dilakukan sebagai pembuka bicara ketika permulaan perkenalan.

Perubahan etika pertemuan sedang berlaku bukan kerana peredaran zaman peradaban Eropah tetapi kerana virus korona yang kini menjadi wabak sehingga menimbulkan ketakutan.

Di Perancis, kebiasaan dua orang; walaupun dalam pertemuan kali pertama, menjadi kebiasaan melakukan aks la bise atau cium laga pipi.

Setiap kali bertemu, dua warga Paris akan saling berdakapan dan melagakan pipi-ke-pipi, sekali ke kiri, dan sekali ke kanan.

Kini Menteri Kesihatan Perancis Olivier Veran menyaran agar warga Perancis berhenti aksi la bise sebagai langkah mudah menyekat penyebaran virus korona.

Saranan dibuat Veran selepas Presiden Emmanual Macron `berlaga pipi’ dua kali semasa pertemuan bersama Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte di Naples minggu lalu.

Aksi ciuman itu turut ditegur pesuruhjaya kesihatan Itali Angelo Borrelli yang mahu rakyat Itali kurangkan sebarang pendedahan kepada penyebaran virus korona.

Nampak gaya, bahana virus korona mampu meredakan kehangatan talian persahabat di dua negara Eropah yang satu dunia anggap sebagai bangsa paling romantik di planet bumi ini.

Di Jerman, tersebar luas video Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer enggan berjabat tangan dengan Chancellor Angela Merkel.

Merkel begitu `sporting’ apabila menunjuk reaksi selamba dan menerima hakikat lebih baik tidak bersentuhan bagi mengelak sebarang jangkitan kuman.

Selain bidang politik dan diplomasi, virus korona juga ada kesan di bidang sukan dan permainan – terutama bola sepak.

Pemain pasukan West Ham dan Newcastle yang beraksi dalam Liga Perdana England turut mengambil langkah mengelak penularan COVID-19.

Mereka diarah tidak bersalaman sesama sendiri atau dengan pemain lawan.

Sebaliknya, mereka digalakkan mengguna aksi fist bump di mana tangan bergenggam dihulur dan bertemu ganti salaman.

Pemain pasukan kriket England yang bertolak ke Sri Lanka untuk perlawanan test cricket dua negara, juga mengambil keputusan tidak bersalaman sama ada dengan kawan mahupun lawan.

Sementara itu, warga Wuhan pula, telah mencipta teknik baharu menyapa kenalan mengganti salaman apabila bertemu.

Jika dahulu, tangan dihulur, kini kaki pula yang bersilang temu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button