Agama

Menteri kagum usaha MAIPs bantu asnaf

ARAU 4 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar kagum atas keunikan inisiatif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam menyampaikan bantuan kepada para asnaf.

Paling istimewa ialah ia diketuai sendiri oleh Yang DiPertua MAIPs iaitu Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turun sendiri ke lapangan pada setiap kali kayuhan untuk mengambil dan meneliti kesusahan dan cabaran rakyat serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik seperti jalan-jalan rosak di kawasan kampung-kampung, masalah kesihatan dengan penglibatan sendiri oleh ketua-ketua agensi ini sewaktu kayuhan.

Beliau dalam ucapannya juga menyatakan akan kongsikan pengalaman dan informasi sepanjang kayuhan ini kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengenai pelaksanaan program ini.

Turut serta dalam Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh pihak MAIPs di sekitar Pekan Pauh, dekat Arau itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman.

Beliau juga menzahirkan betapa Program Kayuhan ini bukan sahaja menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada para asnaf, malah mampu merapatkan ukhwah antara ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan bersama para peserta dan bertaaruf bersama tetamu-tetamu undangan yang turut serta berkayuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berada di Perlis baginmengetuai deligasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sempena sesi sembah mengadap ke atas Tuanku Pemangku Raja Perlis dan agensi-agensi agama negeri ini serta menghadiri Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan Kali ke-2 Tahun 2024 yang telah memilih Perlis sebagai tuan bagi edisi tahun ini.

Dalam kayuhan tersebut Tuanku Yang DiPertua MAIPs menyempurnakan pengurniaan sumbangan MAIPs yang berupa wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah setiap seorang kepada Kasa Awang, 63 tahun dari Kampung Guring, Che Jamah Lateh, 72 tahun juga dari kampung yang sama dan Meryam Wan Din, 80 tahun dari Kampung Belukar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan untuk menyempurnakan simbolik Projek Wakaf Telaga Boring Air untuk dimanfaatkan Masjid Al-Guring di Pauh, Perlis, mengadakan lawatan ke Rumah Warisan Bandar DiRaja Arau sebagai sokongan kepada kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dan lawatan ke gerai Ryaties Aiskrim yang merupakan peniaga daripada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM)

Kayuhan pada petang itu turut diserikan lagi dengan Majlis Pelancaran Program MAIPs Wisdom Corner yang dilaksanakan oleh Perlis Centre of Wisdom di Stesen Keretapi DiRaja Arau yang disempurnakan oleh Tuanku Pemangku Raja.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button