Nasional

Menteri Besar Perlis buat lawatan ke Kuching sempena Tahun Melawat Perlis 2024

SMART Leisure and Travels Sdn Bhd (SLT)merupakan salah satu syarikat yang mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan & Kesenian Kebudayaan untuk mempromosikan Malaysia di rantau Asia dan dunia.

Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025, Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis telah membuat lawatan ke SLT di Kuching pada 7 Oktober (semalam).

Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan syarikat tersebut, Dato’ Nellsen Young telah menyambut baik kedatangan Menteri Besar Perlis ke Negeri itu.

Selain daripada Sarawak ,syarikat itu juga menjadikan Perlis sebagai negeri utama dalam promosi syarikatnya untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Perlis dengan menjadikan Harum Manis sebagai tarikan utama.

“Saya mendoakan supaya lebih ramai pelancong-pelancong dari segenap pelusuk asia dan dunia yang akan datang ke Perlis pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025,” kata Menteri Besar Perlis itu. -SM

Baca : UPSI anjur perbincangan meja bulat dengan Bank Dunia tentang kajian prasekolah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button