HiburanNasional

Menteri Agama hadir majlis pernikahan Erra Fazira

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Erra Fazira di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pagi tadi.

Ucapan tahniah itu dimuat naik di laman Facebook miliknya selepas dia menghadiri majlis pernikahan yang dijalankan dalam masa tidak lebih 20 minit.

Tetapi, pasangan Erra Fazira yang dimaksudkan bukanlah penyanyi dan pelakon, tetapi seorang daripada pasangan yang bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan di Lembah Klang.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

Terdahulu, Dr. Zulkifli melakukan lawatan mengejut untuk melihat dan menyertahu majlis akad nikah yang dijalankan di pejabat Jawi.

Jelasnya, lawatan mengejut itu adalah untuk meninjau prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan pihak berkuasa agama negeri.

“Saya amat berpuas hati dengan atura majlis yang mengikut SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

“InsyaAllah, saya akan umumkan SOP akad nikah terbaharu bagi Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button