Politik

Menteri agama balas sindiran Harith Iskander

‘Tidak ada bukan Muslim yang dinafikan hak untuk mendapat vaksinasi’.

Itu balasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri terhadap ciapan hos televisyen Harith Iskander yang mempersoalkan mengapa hanya bukan Islam dipelawa hadir dalam program vaksinasi yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP).

“Saya ingin membuat jemputan terbuka kepada ketua-ketua MAIWP dijemput jadi tetamu di rancangan LIVE to FB/YouTube saya #WhatsGoingOnMalaysia.

I really want to know why hanya yang beragama Islam dipelawa? Bagaimana pula dengan saudara-saudara saya yang bukan beragama Islam,” ciap Harith.

Ciapan Harith itu rekasi pengumuman khas yang dibuat oleh MAWIP di Twitter rasmi jabatan tersebut yang mempelawa warga Malaysia beragama Islam di Setiawangsa dan Wangsa Maju untuk menerima vaksin secara walk-in.

Bagaimana Harith telah memadam ciapannya selepas pengendali Twitter MAWIP memadam pengumuman tersebut.

Sementara itu Zulkifli mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan Harith terhadap isu berkenaan dan menafikan terdapat diskriminasi terhadap pemberian vaksin kepada bukan Islam dalam program yang dijalankan oleh MAWIP.

Bagaimanapun Zulkifli menegaskan sebagai badan yang diamanahkan menguruskan kutipan, agihan zakat dalam kalangan Muslim di Wilayah Persekutuan sudah tentu akan memberi fokus kepada pelanggan mereka yang beragama Islam.

“Terima kasih atas keprihatinan Haris Iskandar! Jika dilihat dalam gambar, bukan Islam lebih ramai. Dan ini yang sebenarnya berlaku disesetengah masa (biasanya sebelah petang) sepanjang 4 Ogos hingga 12 September.

“Tidak ada bukan Muslim yang dinafikan hak untuk mendapat vaksinasi.

“MAIWP selaku badan yang menguruskan kutipan, agihan zakat dalam kalangan Muslim di WP, sudah pasti akan mengembalikan manfaat kepada klien mereka yang merupakan Muslim. Fokus kami asalnya adalah 7,500 asnaf, orang kelainan upaya, warga emas dan lain-lain,” kata Zulkifli.

Justeru beliau amat menghargai jika semua pihak dapat mempromosikan inisiatif yang dijalankan oleh MAWIP ini terutamanya untuk asnaf, OKU, warga emas di sekitar kawasan-kawasan yang ditetapkan.

Zulkifli berkata, masih ada dalam kalangan tersebut yang tidak mendaftar dengan MySejahtera malah tidak tidak tahu kewujudan MySejahtera.

Sementara itu Harith menghargai penerangan yang dibuat oleh Zulkifli dan ingin menjemput menteri tersebut ke rancanganya untuk ditemubual.

“Terima kasih @drzul_albakri kerana mengambil masa untuk membalas dengan maklumat yang tidak termasuk dalam tweet asal (yang saya mempersoalkan) dengan thread lagi! Thumbs up. Beliau sedar bahawa soalan saya dasarkan satu tweet yang tidak memberi gambaran yang jelas.

“Dan mengambil masa untuk membetulkan mesej yg disampaikan. Dengan itu saya sangat berterima kasih dengan Dr. Zulkifli kerana bertindak balas dengan cara yang bijak dan penuh berpengetahuan. Saya pun faham kadangkala 280 huruf pun tak cukup untuk menceritakan keseluruhannya.

“Dengan besar hati saya ingin menjemput @drzul_albakri berbincang isu ini dalam rancangan #WhatsGoingOnMALAYSIA dan mungkin sama2 dapat sebarkan gambaran ‘penuh’ kerja-kerja dan inisiatif @maiwphq,” katanya.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button