Mengapa media arus perdana jadi pekak dan bisu?
KEBANYAKAN media arus perdana kini sedang bergelut dengan model perniagaan yang semakin tidak relevan.
Jumlah kakitangan yang terlalu besar dan sekaligus menyebabkan kos pengurusan terlalu tinggi tidak dapat mengimbangi pendapatan daripada jualan dan pengiklanan semakin merosot.
Walaupun berusaha mengikut perkembangan semasa masyarakat yang mahukan bahan berita disaji dihujung jari, tapi ia tidak sejajar dalan penjanaan pendapatan yang cukup untuk menanggung segala perbelanjaan.
Semua media arus perdana kini sedang membuang pekerja mereka dan pembuangan pekerja itu bukan tidak melibatkan kos dan ia hanya akan dapat dilihat kesan positifnya untuk lima tahun mendatang.
Kecuali Utusan Malaysia yang lebih awal gulung tikar dan kini dikendalikan oleh syarikat baharu iaitu Media Mulia yang membeli hak penerbitan daripada Utusan Melayu (M) Berhad yang sudah tidak wujud.
Dihidupkan semula dengan model perniagaan baharu ia lebih berdaya saing berbanding media arus perdana yang lain.
Di pihak kerajaan mereka lebih gemar dengan media yang hidup segan, mati tidak mahu, kerana ia mudah dikawal berbanding media yang tegap berdiri dengan pendirian masing-masing.
Kita dapat lihat bagaimana media arus perdana tidak membawa cerita rungutan rakyat marhain berhubung isu belanjawan yang baharu sahaja dibentangkan.
Sebaliknya mereka hanya melaporkan dari aspek pandangan kerajaan.
Ini adalah kerana kebanyakan media arus perdana ini telah disalurkan peruntukan jutaan ringgit bagi mewar-warkan dasar kerajaan termasuk belanjawan yang dibentang tempoh hari.
Tanggungjawab mereka adalah memenuhi permintaan pelanggan yang telah berbelanja besar untuk memastikan laporan adalah mengikut kehendak mereka.
Jadi laporan berita bukan mengikut perspektif orang ramai yang mengeluarkan duit dari poket untuk mendapat berita dari akhbar tersebut setiap hari.
Ia dapat dilihat dengan ketara apabila peruntukkan RM85 juta diumumkan kepada JASA iaitu sebuah agensi kerajaan dihidupkan semula bagi menjalankan kerja-kerja perang saraf, disokong oleh media arus perdana, walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak baik dan dilanda pandemik virus korona peruntukan besar tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat.
Sebagai justifikasi media arus perdana melaporkan penubuhan JASA adalah bertujuan menyatu-padukan rakyat dan sebagainya.
Laporan yang menghina tahap intelek masyarakat itu tetap disiarkan demi memastikan mereka yang membayar berpuas hati.
Sedangkan isu utama yang haru diberi perhatian dan dituntut oleh rakyat sebagaimana diketengahkan oleh Pemuda UMNO:
- ISU KWSP
– saya telah mencadangkan berpandukan suara rakyat untuk dibenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP maksimum sebanyak RM10,000 dan tidak perlu bersasar kerana ia bersifat sukarela.
– Implikasi hanya sekitar RM40 bilion iaitu hanya 4% daripada keseluruhan dana semasa KWSP sekitar RM940 bilion.
2. ISU MORATORIUM
– Perlanjutan tempoh moratorium secara automatik juga antara yang dibangkitkan oleh ramai rakyat yang sedang sengsara akibat Covid-19.
3. FOKUS SAKSAMA KEPADA M40
– Menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan M40.
4. ISU MAHASISWA
– Lebih kurang 1.3 juta pelajar universiti Awam dan Swasta turut terjejas akibat Covid-19, termasuklah isu kewangan melibatkan rumah sewa, pembelajaran atas talian.
– Cadangan awal Pemuda UMNO agar diberikan bantuan RM50 sebulan untuk 12 bulan dalam bentuk E-Wallet untuk dimanfaatkan bagi pembelian data telefon bimbit.
– Juga cadangan dikembalikan baucar buku, kad siswa khas dan juga cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.
5. Mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang terlalu besar untuk mengembalikan JASA pada ketika ini.
Untuk makluman, dua isu pertama iaitu KWSP dan Moratorium tidak memberikan kesan kepda Belanjawan Negara 2021. Banyak lagi perkara yang akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan memfokuskan kepada kehendak dan suara hati rakyat.
Oleh itu diharapkan ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berbahas benar-benar mewakili rakyat, walaupun pembangkang telah dijanjikan peruntukan sama rata dengan wakil rakyat kerajaan.