Rencah Hidup
Menganyam bakul isi masa lapang semasa PKP
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepasang suami isteri membuat bakul dengan cara tradisional menganyam bakul daripada tali plastik mengikat kotak dan barangan.
Pasangan warga emas berkenaan Ahmad Anjang 71 tahun berkata, sejak duduk dirumah tidak pergi ke mana dia hanya ke kedai membeli barangan keperluan di Lembah Beriah.
Bagi mengisi masa lapang dia menganyam bakul dari tali plastik dan hanya sesekali akan ke Bagan Serai apabila ada urusan penting.
Foto/teks: Malek Aslie