Jenayah

Memang van, kakitangan KKM

DAKWAAN mengatakan van Kementerian Kesihatan Malaysia digunakan untuk aktiviti jenayah adalah palsu.

Menurut KKM, van yang ditularkan di media sosial adalah milik kementerian dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM.

Sehubungan itu KKM telah membuat laporan polis mengenai penularan berita palsu tersebut. Menurut KKM, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi sebelum datang ke rumah.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung isu itu semalam.

“Polis menjalankan siasatan mendapati ia adalah salah faham antara pengadu dan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu, di mana nombor pendaftaran yang diviralkan adalah salah dan tidak tepat sehingga wujud kenderaan yang lain.

“Tiga orang individu yang diviralkan itu memang disahkan sebagai kakitangan KKM dan kenderaan itu adalah milik Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.

“KKM sudah membuat laporan polis hari ini dan mengesahkan kehadiran pegawai KKM di lokasi bagi pemantauan PUI Covid-19, semalam, kira-kira 2.00 petang,” katanya.

Justeru itu katanya, polis berharap semua pihak menghentikan sebarang penyebaran gambar dan viral berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini heboh di media sosial mengenai gambar dan video sekumpulan lelaki kononya menyamar sebagai kakitangan KKM membuat pemeriksaan yang tersebar dua hari lalu di kawasan Bukit Subang, Shah Alam.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button