fbpx


Nasional

TNB disaran beri diskaun secara pukal tanpa formula pengiraan rumit

Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran untuk memberikan diskaun secara pukal tanpa formula pengiraan yang rumit berdasarkan kepada bacaan bil terkini sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat untuk jangka masa pendek.

Ketua Penerangan UMNO Shahrir Hamdan berkata, pihaknya juga menyarankan supaya pihak TNB melakukan penerangan secara terus menerus berkenaan pengiraan bil elektrik pengguna supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan mereka.

Malah TNB juga perlu meneliti sebaik mungkin sebarang aduan yang dibuat oleh pengguna untuk mengelakkan mereka daripada rasa tertipu dan diabaikan.

Selain itu, TNB turut dialu-alukan ,mengemukakan bayaran pelan mudah TNB bagi memastikan kemampuan rakyat untuk membayar bil elektrik rakyat bersesuaian dengan keadaan semasa hari ini.

“Polemik caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menimbulkan keresahan rakyat ekoran nilai bayaran yang dianggap terlalu tinggi daripada kebiasaan.


“Namun kami yakin bahawa pihak terlibat khususnya Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil maklum berkaitan hal tersebut dan mempunyai kebijaksanaan dalam mencari solusi bagi menyelesaikan isu ini,” kata Shahrir,

Menurut Shahril, UMNO amat menghargai tindakan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang proaktif terhadap keluhan rakyat.

Jelas Shahril, idea asal pemberian diskaun mengikut jumlah penggunaan bulanan dilihat betul pada konsepnya namun dari segi realiti pelaksanaan mungkin kurang sesuai dalam senario jangka pendek.

Ini kerana sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana ekoran penularan COVID-19, masa rakyat sepenuhnya adalah berada di rumah. Keadaan ini tentunya memberi kesan langsung kepada penggunaan elektrik termasuk dalam kalangan B40 dan M40.

“Tindakan rakyat yang mematuhi arahan Kerajaan untuk duduk di rumah bagi menghapuskan rantaian COVID-19 menjadi punca kepada mengapa penggunaan elektrik di kalangan isi rumah (pengguna domestik) meningkat lebih tinggi daripada kebiasaan.

“Apabila bacaan sebenar dibuat oleh pihak TNB, jumlah bil yang dikenakan menjadi lebih tinggi daripada pengunaan biasa sebelum PKP yang mendatangkan keresahan pengguna lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu ini,” kata Shahrir dalam satu kenyataan hari ini. – SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button