Mee Hiris China Muslim kini di Sunway Putra Mall
MEE Hiris China Muslim kini buka cawagan ke 31 ke di Sunway Putra Mall.
Acara ini yang bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 pada 31 Ogos, melambangkan komitmen tinggi jenama itu terhadap kepelbagaian budaya Malaysia.
Pelancaran Besar itu diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat Yang Mulia Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi. Beliau memuji pertumbuhan pesat Mee Hiris China Muslim di Malaysia.
“Saya berbangga dengan betapa cepatnya Mee Hiris China Muslim telah berkembang kepada 31 cawangan dalam masa beberapa tahun sahaja. Seronok melihat lebih ramai rakan Muslim berpeluang menikmati keunikan masakan Cina Muslim. Masakan ini dapat dinikmati tanpa ragu ragu kerana semuanya disediakan di dapur pusat mereka dengan standard halal yang ketat.”
Tetamu kehormat lain termasuk YM Tengku Normah Albarakbah, Ahli Diraja Terengganu; Encik B. Wishnu Krisnamurthi, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia; Dr Habibreza Arzani, Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Iran; Dr Kishva, Pengerusi Hab Inovasi Belia Komanwel dan juruhebah berita utama terkenal Encik Gan Jiang Han.
Mee Hiris China Muslim, yang memulakan perjalanannya di Senawang pada 2019, telah berkembang menjadi jenama yang terkenal dengan komitmennya untuk menyajikan masakan Cina Muslim terbaik di Malaysia. Dengan 31 cawangan di seluruh negara, Mee Hiris telah menjadi simbol integrasi budaya, menyatukan orang ramai melalui pengalaman makanan yang dikongsi bersama.
“Matlamat utama kami untuk membawa rasa tersendiri masakan Cina Muslim kepada setiap rakyat Malaysia,” kata Encik Elmy, Pengurus Operasi Mee Hiris China Muslim. “Cawangan ke-31 ini bukan sekadar nombor; ia adalah simbol komitmen kami untuk menyatukan orang ramai melalui pengalaman makanan yang dikongsi bersama. Kami berbesar hati telahdianugerahkan ‘The Fastest Growing Halal Chinese Muslim Cuisine 2024’ oleh The KnightsAward, Ini bukti komitmen kami terhadap kecemerlangan kulinari. “
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Mee Hiris China Muslim mengumumkan kempen ‘Mee-rdeka Madness’, di mana pelanggan boleh menikmati semangkuk mi kedua dengan hanya RM6.70 sepanjang bulan Ogos. Promosi ini bukan sahaja menghargai Hari Kemerdekaan Negara tetapi juga menjadikan masakan jenama ini lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Menu popular mereka ialah “Mee Hiris Soup with Braised Beef,” menampilkan mi tarik tangan yang disediakan setiap hari, digandingkan dengan kuahnya yang enak dan berperisa serta dihidang dengan daging halal dan sayur-sayuran tempatan. Hidangan ini direka untuk memenuhi pelbagai citarasa selera Malaysia.
Dalam kerjasama kreatif, Mee Hiris China Muslim telah bekerjasama dengan bas dua tingkat KL Hop On Hop Off yang popular di Kuala Lumpur untuk menghiasinya dengan penjenamaan Mee Hiris China Muslim yang menarik perhatian. “Dengan bekerjasama dengan bas Hop On Hop Off, kami bukan sahaja mengiklankan jenama kami, kami menjadi sebahagian daripada landskap bandar dan pengalaman pelancongan. Inisiatif ini membolehkan kami mempamerkan komitmen kami terhadap inovasi, bukan sahaja dalam masakan kami, tetapi juga dalam cara kami berhubung dengan pelanggan kami, kata Encik Elmy. “
Dengan pelancaran cawangannya yang ke-31, Mee Hiris China Muslim tidak sabar-sabar untuk meluaskan jangkauannya untuk membawa hidangan masakan Cina Muslim kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Dapur pusat Mee Hiris China Muslim telah memperoleh pensijilan Halal. Langkah ini penting untuk memastikan semua proses penyediaan makanan mematuhi standard prosedur , standard kebersihan dan piawaian yang keta justeru memberikan pelanggan makanan yang selamat dan berkualiti.
Acara ini turut menampilkan persembahan istimewa penyanyi legenda Man Bai. Beliau telah memeriahkan sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan bersama penonton dengan mempersembahkan lagu ikoniknya “Kau Ilhamku” dan “Setia” sambil orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang. Persembahannya telah menyemarakkan semangat patriotisme yang mendalam dalam kalangan hadirin.
Selepas sidang akhbar itu, tetamu berpeluang menjamu selera yang disediakan oleh Mee Hiris China Muslim dan berpeluang melawat sekitar Kuala Lumpur dengan bas KL Hop On Hop Off yang lengkap dengan jenama restoran yang begitu menyerlah .