Ekonomi

MCMC luluskan penggabungan antara Celcom dan DiGi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada  cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd. dan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) yang melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dan Celcom .

Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia.

Oleh yang demikian, MCMC telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penggabungan ini.

Pada 1 April 2022, MCMC telah mengeluarkan Pernyataan Isu kepada pemohon selaras dengan Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 untuk menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau berkemungkinan mengurangkan persaingan dengan ketara dalam sesetengah pasaran komunikasi yang telah dikenal pasti oleh MCMC.

Justeru, Pemohon telah mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen Pemohon untuk mengatasi  isu-isu persaingan yang telah diketengahkan oleh MCMC di dalam Pernyataan Isu.

MCMC telah mempertimbangkan komitmen yang ditawarkan oleh Pemohon dan berpuas hati bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu-isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini.

Salinan aku janji itu boleh dimuat turun dari laman sesawang MCMC di pautan: https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/registers/Undertaki
ng-Public-Version.pdf

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button