Media massa

Melaka-MCMC jalin kerjasama strategik melalui program Kampung Digital Melaka

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2025 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka menerusi perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM).

Inisiatif Kampung Digital Melaka merupakan langkah strategik untuk memastikan setiap premis di Negeri Melaka dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik. Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan infrastruktur digital yang lebih mampan di Negeri Melaka, serta memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Inisiatif Kampung Digital ini adalah yang pertama di Malaysia dengan penggunaan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di 623 kampung tradisional di Negeri Melaka serta meningkatkan kualiti akses dataperkhidmatan rakyat. Projek ini telah menerima pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan cap dagangan logo, menjadikannya model kampung digital di seluruh negara.

Di bawah inisiatif ini, MCMC akan bekerjasama dalam aspek sokongan teknikal di samping perkongsian maklumat dan data untuk pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS). Dengan adanya NAS kelak, ia akan menjadi sistem tunggal yang berautoriti, seragam dan berpusat untuk mengurus lebih daripada 12 juta alamatdi seluruh negara melalui kerjasama antara pelbagai pihak.

Kerjasama antara MCMC dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui inisiatif ini adalah amat penting dan diharapkan dapat terus diperkukuh. Projek ini bukan sahaja memberi impak positif kepada Negeri Melaka, malah dijangka menjadi

model kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam membangunkan ekosistem digital yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara
Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dengan Setiausaha
Kerajaan Negeri Melaka, YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad telah disaksikan oleh
Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan Menteri
Komunikasi, YB Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan; Pengarah Urusan MCMC, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah bin Mohd Yunus dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC, YBhg. Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button