NasionalPolitik

MCA sokong Ismail Sabri sebagai PM

Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berjanji jika beliau kembali ke pejabat, beliau akan melantik presiden MCA Wee Ka Siong sebagai menteri kabinet semula.

Ismail Sabri berkata Wee bekerja tanpa jemu untuk penduduk Ayer Hitam, dan meletakkannya dalam kabinet sekali lagi akan memberi manfaat kepada pengundi.

“Kita perlu berterima kasih kepada MCA dan MIC kerana apabila BN kalah PRU14 dan gagal menubuhkan kerajaan, MCA serta MIC tetap setia bersama UMNO,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria di sini, hari ini.

Ismail Sabri mengingatkan rakyat agar tidak termakan dengan permainan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon-calon melayu di dalamnya.

Beliau berkata, pihak dibelakang calon tersebut masih lagi DAP.

“Saya nak maklumkan, sewaktu PH memerintah, Perdana Menterinya adalah (berbangsa) Melayu, tetapi ketika itu negara dikuasai oleh DAP, bukan BERSATU yang menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun PH meletakkan wakil Melayu seperti di Parlimen Ayer Hitam tetapi di belakangnya adalah DAP. Ini bermakna satu undi untuk PH adalah satu undi untuk DAP. Jangan kita terperangkap dengan permainan mereka,” katanya.

Beliau menambah, pakatan parti perikatan sudah dimaterai sejak dahulu lagi bersama MIC dan MCA. Kesepakatan kaum yang kuat telah terjalin antara BN dan MCA serta MIC.

“Kita perlu ingat ketika 22 bulan diperintah PH dan Perdana Menteri yang terdiri daripada BERSATU, pelbagai kemungkaran dilakukan, pelbagai perkara sudah mereka lakukan termasuk mencabar institusi Raja Melayu dan sebagainya.

Semasa pemerintahan PH di Johor, PH hanya membawa RM12 bilion pelaburan berbanding ketika BN memerintah sebanyak RM60 bilion telah dibawa menyebabkan Johor berada di tangga teratas antara negeri lain.

“Ini adalah kerana BN parti yang berpengalaman dalam memerintah.

“Cuba banding dengan menteri mereka, apabila harga sawit jatuh, mudah jawapan dia, minum minyak sawit sesudu, harga getah jatuh, disuruh menoreh musim hujan,” katanya.

Ismail Sabri yakin BN mampu menang sebahagian besar kerusi Parlimen.

“Di Johor, kita mempunyai kelebihan kerana kerajaan negeri berada di bawah Barisan dan dari segi sentimen, ia kelihatan sangat bagus.

“Kita boleh lihat dengan jelas di kerusi Parlimen Ayer Hitam di mana sokongan yang diberikan kepada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sangat kuat dan saya yakin beliau akan menang,” tambahnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon BN Ayer Hitam merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, mereka menyokong Ismail Sabri sebaik sahaja mengetahui UMNO mencadangkan beliau sebagai PM.

“Datuk Seri Ismail Sabri bukan hanya akan menjadi Perdana Menteri yang ke-9 malah, beliau akan terus diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10 nanti,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Hasni, turut menyatakan sokongan tanpa belah bahagi kepada Ismail Sabri untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button