Nasional

MCA diganti dengan PCM untuk kelangsungan Muafakat Nasional?

BERIKUTAN pertikaian yang dilakukan oleh MCA mengenai tindakan Polis mendapatkan injuksi mahkamah bagi menghalang kongres membantah Jawi oleh Dong Zong, seorang ahli Jawatankuasa Pas Pusat meminta parti sekutu Barisan Nasional (BN) itu digantikan dengan parti lain demi mempertahankan agenda Muafakat Nasional.

Menurut  kenyataan Nasruddin Hassan Tantawi seperti yang dikeluarkan dalam laman Facebook miliknya, MCA mungkin boleh digantikan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai rakan Muafakat Nasional.

Kenyataan beliau ini adalah susulan kritikan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang mempertikaikan tindakan polis menghalang kongres Dong Zong.

Sin Woon malah turut membandingkan kongres membantah Jawi itu dengan Kongres Maruah Melayu yang diadakan pada Oktober lalu.

Kata Sin Woon, bagaimana kerajaan boleh menganjurkan Kongres Maruah Melayu, tapi persatuan Cina tak boleh mengadakan perjumpaan tertutup?

“Bukankan orang Cina juga mempunyai hak untuk berhimpun? Adakah menteri Cina sedang bercuti sekarang? Mereka semua senyap dan tidak berani bersuara?” katanya.

Akibat kritikan ini telah membuatkan Nasruddin membantah dengan mencadangkan MCA digantikan dengan dengan PCM demi mempertahankan agenda Muafakat Nasional yang ditubuhkan antara UMNO dan Pas ekoran kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button