MBPJ lakukan kajian lalu lintas, pembahagi jalan di tiga persimpangan ditutup
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan penutupan pembahagi jalan di persimpangan tiga lampu isyarat di Persiaran Surian dan Pelangi Damansara, PJU 6, Petaling Jaya bagi tujuan kajian aliran trafik dan kesesakan lalulintas di jalan Persiaran Surian.
Kajian ini akan melibatkan penutupan lampu isyarat dan pembahagi jalan di persimpangan tersebut.
Untuk makluman, Lalulintas akan dilencongkan dengan pembinaan pusingan U di persimpangan tiga lampu isyarat di Persiaran Surian dan Jalan PJU 3/31, Petaling Jaya.
Lalulintas juga akan dilencongkan di pusingan U sediada di Persiaran Surian berhampiran Jalan PJU 7/1, Petaling Jaya.
Tempoh percubaan kajian aliran trafik ini akan berjalan selama tiga bulan bermula 8 Januari 2022 hingga 7 April 2022.
Sekiranya aliran trafik berjalan lancar dan tiada bantahan penduduk maka ia akan dilaksanakan secara kekal.
Para pemandu dinasihatkan supaya memandu berhati-hati dan mematuhi papantanda isyarat yang disediakan di lokasi.
Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Unit Lalulintas, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau email [email protected]