Ekonomi

MBOR iktiraf rangkaian klinik estetik DC Healthcare pertama disenaraikan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2024 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”), menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rangkaian klinik estetik pertama yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan modal pasaran RM214 juta.

Penyedia penjagaan kesihatan estetik dan kesejahteraan perubatan terkemuka yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum, yang meraikan ulang kelapan melancarkan kempen yang mencerminkan perjalanan inovasi dan komitmen berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan pelanggan.

Pengarah Urusan DC Healthcare Dr Cuong Tzr Sheng berkata pihaknya amat berbesar hati dengan pengiktirafan daripada MBOR yang menonjolkan penubuhan DC Healthcare dalam sektor perubatan estetik.

“Semasa meraikan ulang tahun kelapan, kami memperbaharui komitmen untuk keselamatan dan kecemerlangan, memastikan penjagaan kesihatan estetik bukan sekadar perkhidmatan, tetapi keperluan untuk meningkatkan kesejahteraan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah DC Healthcare berterima kasih atas pengiktirafan tersebut, yang bukan sahaja meningkatkan keterlihatannya tetapi juga mengesahkan hala tuju strategiknya.

Komitmen ini mengukuhkan dedikasi terhadap keselamatan dan kepercayaan pelanggannya, kerana DC Healthcare terus mengembangkan perkhidmatan dan mendukung standard kecemerlangan perubatan tertinggi.

Dengan menetapkan piawaian industri, Kumpulan menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada pihak berkepentingan dan meluaskan kepimpinan pasarannya.

Pengiktirafan dan kempen ulang tahun adalah peristiwa penting dalam misinya untuk menjadikan penjagaan kesihatan estetik mudah diakses dan penting, mengubahnya daripada kemewahan kepada keperluan.

Visi ini disokong oleh komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada pasukan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan pemegang kepentingannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button