Nasional

MB Perlis terima kunjungan hormat Duta Besar Sweden

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Duta Besar Sweden, Dr. Joachim Bergström, di pejabatnya, di Kangar kelmarin.

Kunjungan itu turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Rusdi Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Dr. Noriman Rojulai.

Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai perkara termasuk melibatkan pendidikan, ekonomi, pelancongan dan persempadanan yang fokus utama adalah untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Perlis dan Sweden.

Menteri Besar menyatakan rasa syukur dan berbesar hati menerima kunjungan hormat tersebut serta berharap dapat membuka peluang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua pihak.

“Alhamdulillah, kami menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Sweden, Dr. Joachim Bergström. Kami berbincang mengenai pelbagai aspek untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara Perlis dan Sweden,” kata Mohd Shukri.

Katanya, kunjungan itu diharapkan dapat memberi impak positif dalam mempereratkan hubungan diplomatik dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama strategik di masa hadapan.

Lebih menarik, Dr. Joachim meraikan inisiatif tulisan Jawi dengan menurunkan tandatangan beliau dalam tulisan Jawi di buku lawatan Pejabat Menteri Besar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button