Nasional
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung mayat lelaki yang tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu sekitar 10.25 malam.
“Terdapat beberapa tatu pada mayat tersebut iaitu di leher kiri berbentuk bintang, di lengan kiri bertulis “no money no honey”, di pergelangan tangan kiri berbentuk pisau dan di bahu kiri,” katanya dalam kenyataan.