Politik

Matlamat ‘selamatkan Malaysia’ kekal releven – Kit Siang

MATLAMAT  ‘selamatkan Malaysia’ daripada sebuah trajektori kleptokratik, kakistokratik, dan sebuah negara gagal kekal relevan malah semakin mendesak selepas ia menemui kegagalan sebelum ini.

Namun yang menjadi cabaran untuk menyelamatkan semula Malaysia menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang, adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam matlamat tersebut.

“Cabarannya adalah sama ada kita mampu untuk memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang politik, kelas, umur, mahupun jantina, untuk bersama “Selamatkan Malaysia” — selepas kegagalan usaha menyelamatkan Malaysia sebelum ini,” kata Kit Siang.

Kit Siang berkata demikian ketika menjawab mengenai sama ada laporan The Coverage yang bertajuk “DAP Lim Kit Siang : ‘To Save Malaysia, I Am Prepared To Work With Najib To Restore Democracy & Implement Key Reforms’ ” yang tular di media di media sosial hari ini ditulis oleh beliau.

Jelas Kit Siang, laporan itu menang ditulis olehnya dan disiarkan dalam akhbar Malay Mail  pada 12 Mac 2016.

Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri dan laporan itu diterbitkan sejurus selepas pemimpin PH menandatangani Deklarasi Rakyat pada bulan yang sama untuk Menyelamatkan Malaysia.

Tulisan itu dimuatkan semula dalam portal The Coverage hari ini dan telah ditularkan di media sosial.

“Dengan objektif untuk mengatakan yang saya bersetuju untuk DAP bekerjasama dengan Najib Razak dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Muhyiddin.

“Ini adalah kerja “pemengaruh” media sosial dengan sokongan tentera siber mereka untuk menyebarkan berita dan tanggapan palsu,” kata Kit Siang.

Menurut Kit Siang, beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan Najib untuk menyelamatkan Malaysia pada waktu itu dengan syarat Ahli Parlimen Pekan itu bersedia mengakui mengenai skandal 1MDB.

Katanya, selepas empat tahun berlalu sudah terdapat banyak perkembangan yang berlaku dalam tempoh itu.

Antaranya kejatuhan kerajaan Najib, Najib didapati bersalah di atas tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang disebabkan oleh konspirasi “Langkah Sheraton” selepas 22 bulan.

Justeru katanya, matlamat ‘selamatkan Malaysia’ masih kekal relevan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button