Hiburan

Neelofa kini berniqab atau promosi produk?

NAMPAKNYA pelakon dan pengacara, Neelofa membuat satu lagi penampilan baharu pada dirinya apabila tampil dengan imej berniqab.

Wanita itu dilihat memuat naik imej terbaharunya itu menerusi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, apa yang lebih menjadi perhatian apabila digambar berkenaan juga turut disertakan dengan petikan daripada ayat Al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 26.

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.

“Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya,” tulisnya.

Ada juga yang tertanya-tanya sama ada penampilan imej berniqab itu adalah satu daripada cara Neelofa mempromosikan produk terbaharu.

Ini kerana, menerusi gambar terbaharu yang dimuat naik hari ini, Neelofa tampil berniqab dan menyertakan satu jenama yang sedang dipromosikan dalam statusnya.

Sementara itu, rakan selebriti dan peminat juga berkongsi kegembiraan apabila melihat imej terbaharu wanita tersebut.

Antara yang memuji penampilan baharu Neelofa termasuklah Umie Aida, Amira Othman, Ramona Zam Zam dan Wany Hasrita. -SM

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button