Sukan

Mat Sabu penasihat Red Warriors

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu diharapkan mampu memberi suntikan tenaga baharu kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mengharungi persaingan liga bola sepak tempatan apabila beliau dilantik sebagai penasihat KAFA.

Presiden Kafa, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata pelantikan Mohamad berkuat kuasa mulai kelmarin.

Kata bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu, Mohamad memberikan persetujuan hasil pertemuan mereka di Wisma Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.

“Kafa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada menteri pertahanan atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button