Politik
Maszlee keluar dari Pejuang
Ahli Parlimen Simpang Renggam hari ini mengumumkan beliau keluar daripada Ahli Jawatankuasa Penubuhan Parti Pejuang.
Dr. Maszlee Malik berkata, beliau berbuat demikian demi memberi tumpuan kepada membantu masyarakat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Pejuang adalah parti yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas beliau dipecat dari Bersatu.
Dr. Mahathir juga pernah memaksa Maszlee meletak jawatan sebagai Menteri Pendidik ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.