Agama

Masya-allah.. Ini Amalan Rasulullah SAW Pada 10 Malam Terakhir Dalam Bulan Ramadan!

Seluruh dunia sedang diuji dengan musibah pandemik. Semua orang tidak pernah mengetahui bilakah episod tragis ini akan berakhir dalam sejarah peradaban kita.

Namun satu perkara yang pasti adalah ujian yang mendatang ini mempunyai satu rahmat dan orang yang beriman akan tenang dan berserah kepada Allah SWT.

Sejak pandemik melanda, kita melalui dua kali Ramadan termasuk bulan ini. Dalam pandemik pertama, kita kurang bernasib baik kerana semuanya dipaksa berkurung.

Sehingga mahu tunaikan solat tarawih sekali pun, ia menjadi satu ‘ketakutan’ yang besar dalam sejarah umat Islam sehingga ada yang memberontak.

Namun untuk tahun ini, syukur Alhamdulillah masih ada kelonggaran untuk kita menunaikan solat tarawih di suaru atau masjid dengan pematuhan SOP.

Walau bagaimanapun, SEGELINTIR golongan netizen yang kuat sembang pum pang pum pang dalam media sosial tak muncul pun waktu solat tarawih?

Apa-apa pun.. ini sekadar coretan kasar sang penulis berkait dengan isu semasa dan objektif penulisan ini adalah berkait dengan amalan Rasulullah SAW.

Berapa ramai antara kita iaitu umat Islam yang sedang hidup pada akhir zaman ini sedang mempraktikkan amalan Baginda yang diperturunkan?

Misalnya sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari:

“Barang siapa yang mendirikan solat pada malam lailatulqadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.”

Dari itu, umat Islam dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW dan sahabat amat menitik beratkan amal ibadah serta kerja kebajikan pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana Rasulullah SAW menghidupkan malam-malam akhir Ramadan dengan solat qiamullail dan Baginda mengajak sama ahli keluarganya.

Nabi saw menghabiskan masa-masanya di masjid dengan beriktikaf dan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.

Semangat dan tekad Baginda saw dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan adalah suatu yang kita wajar kita jadikan contoh teladan.

Tidak seharusnya, kita menjadikan alasan sibuk bekerja umpamanya sebagai penghalang untuk kita melakukan amal kebaikan.

Ini kerana pengertian ibadah itu teramat luas dalam Islam. Setiap amal kebaikan yang dilakukan dengan niat yang murni itu adalah ibadah. Dan setiap ibadah itu akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button