Politik

“Mas kahwin” paling tinggi, itu pilihan Noh Omar!

KALAU kena pada mas kahwinnya, pasti pinangan tak ditolak. Tak salah kalau bekas Ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menerima banyak ‘pinangan’ daripada lain-lain parti politik.

Sejak Noh dipecat daripada UMNO pada Januari lalu, beliau mengakui masih mempertimbangkan “lamaran” beberapa parti.

“Tunggu…sekarang belum ada pertandingan hebat-hebat. Saya ini ‘player’ dan bukan penonton.

Noh Omar
Noh Omar

BACA >> Hishammudin Hussein digantung keahlian parti UMNO enam tahun

“Bila sampai PRN, ia ibarat Piala Malaysia. Masa itu, saya tiada pilihan dan kena pilih mana-mana ‘team’ (parti) untuk bermain,” katanya menurut Harian Metro.

Noh berkata, kriteria dipertimbangkannya ialah parti yang boleh bekerja, memberikan semangat perjuangan, tidak mementingkan diri dan lebih mementingkan rakyat tanpa mengira kaum.

“Namun, penting bagi saya adalah Bumiputera dan kaum lain mesti bersama.

BACA >> Budak-budak nakal sudah tiada dalam parti!

“Mana-mana parti meletakkan Islam sebagai perkara utama sesuai dengan Perlembagaan kita kerana Islam adalah agama persekutuan.”

Bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang dan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dipecat kerana melanggar disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – SM

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button