
Marrybrown luaskan pasaran ke seluruh negara
Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) terbesar di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan cawangan di seluruh negara dengan membuka 40 cawangan baharu pada 2025.
Peluasan besar ini dilakukan selepas kejayaan Marrybrown meraih Perak di Anugerah Putra Aria Brand Awards 2024 dalam kategori Restaurant & Fast Food Outlets.
Peluasan ini akan memberi tumpuan kepada kawasan utama seperti Lembah Klang, Malaysia Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur. Kejayaan Marrybrown meraih anugerah berprestij ini mengiktiraf pencapaian jenama dalam penglibatan pengguna, pertumbuhan pasaran, dan prestasi perniagaan yang luar biasa.
“Kami amat teruja untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan kami,” kata Ketua
Pegawai Eksekutif Marrybrown. Daniel Chan, .
Katanya, peluasan ini bukan sekadar membuka restoran baharu – ia adalah mengenai berkongsi cita rasa asli Malaysia dan menawarkan sesuatu yang berbeza kepada komuniti di seluruh negara.
“Kemenangan Anugerah Perak ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama tempatan terkemuka yang mampu bersaing dengan rangkaian QSR global,” katanya.
Cawangan-cawangan baharu ini akan menawarkan hidangan istimewa Marrybrown yang diinspirasikan oleh masakan Malaysia yang kaya dengan cita rasa, serta memperkenalkan hidangan inovatif yang meraikan kekayaan rasa tempatan.
Strategi peluasan ini akan memberi tumpuan untuk membawa pengalaman Marrybrown ke hab komuniti dan destinasi pelancongan popular, memudahkan akses kepada penduduk tempatan dan pengunjung untuk menikmati cita rasa asli Malaysia.
“Kejayaan kami berakar umbi dalam warisan Malaysia,” tambah Chan. “Seiring dengan perkembangan ini, kami tetap komited untuk menunaikan motto ‘Memang Best’ kami, dengan terus menyajikan makanan berkualiti dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya. – SM