Nasional

Marah isteri mahu pulang ke kampung, suami racun anak

SEORANG lelaki di Beaufort, Sabah sanggup memberi racun rumpai kepada anaknya semata-mata kerana marahkan isterinya yang mahu pulang ke kampung.

Kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu, di Kampung Bundu, Kuala Penyu.

Ketika kejadian, suspek yang berusia 43 tahun itu dikatakan turut bertindak mencekik mangsa.

Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri terbabit.

Menurut beliau, isteri suspek menyatakan hasrat mahu pulang ke kampung bersama anak-anak ke Keningau, namun dibantah suaminya.

“Suspek yang berang kemudian memberi anaknya minum kopi yang sudah dicampur dengan racun rumput.

“Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun,” katanya.

Suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.

Mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Penyu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Yusoff Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button