Nasional

Mangsa tragedi runtuhan SUKE kehilangan suami tahun lepas

SALAH seroang mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan perancah besi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Nurina Edwin Abdullah, 47, semalam, kematian suami tahun lalu.

Menurut abang ipar mangsa, Muhammad Raffidin Mohd Jufri, suami mangsa seorang anggota tentera meninggal dunia tahun lalu.

Katanya, mangsa yang sudah lebih 10 tahun di kilang Sensata Technologies, Subang Jaya, tidak mempunyai anak ada menyatakan hasrat untuk membeli kereta ketika mereka kal terakhir bertemu Selasa lalu.

Muhammad Raffidin berkayta, pada pertemuan itu tiada apa-apa perubahan dengan arwah, selain hajatnya untuk membeli kereta.

“Nurina adalah anak kedua dari tujuh beradik berasal dari Lundu, Sarawak,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras hari ini.

Katanya, mereka kini sedang menunggu maklumat daripada polis sebelum jenazah dibawa pulang ke Lundu.

Nurina merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang maut selepas van kilang dinaiki mereka bersama tiga yang lain dihempap perancah besi ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Desa Tun Razak, berhampiran Bandar Tasik Selatan, semalam.

Seorang lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia adalah Norhayati Abdullah, 42.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button