Nasional

Haji: Malaysia tunggu kelulusan Arab Saudi

SAMA ada jemaah haji dari Malaysia dapat menunaikan haji atau tidak pada tahun ini bergantung kepada kelulusan kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, hal itu tidak tertakluk kepada hanya rakyat Malaysia, malah umat Islam seluruh dunia turut menantikan keputusan negara itu.

“Kita sedang berunding dan juga menantikan keputusan daripada pihak Arab Saudi, mereka kini perlu memikirkan masalah Covid-19 dan kebarangkalian yang tinggi mengenai vaksin.

“Kalau dilihat kenyataan mengenai perkara itu sudah ada (syaratnya) tetapi sebagai sebuah kerajaan kita mahu terima satu keputusan rasmi sekiranya ada syarat untuk kita patuhi.

“Bagi pihak kita (untuk mematuhi syarat diberikan), tidak ada masalah. Kita akan bincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) jika ada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Arab Saudi,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kit Ramah dan Penyampaian Kerusi Roda kepada pesakit hospital di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.

Katanya, isu penghantaran jemaah haji itu juga akan dibawa ke mesyuarat Kabinet bagi dibincangkan selain melihat situasi semasa Covid-19 .

Mengenai sama asda jemaah haji akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin, Zulkifli berkata, terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.

“Kita perlu bincang satu persatu, untuk saya berikan jawapan adalah terlalu awal. Kita sedang berbincang dan sedang menantikan keputusan Arab Saudi,” katanya.

(Visited 79 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button