NasionalNegeri

Mandi di Sungai Batang Lassa: Tiga remaja ditemukan lemas

TIGA remaja berusia 13 tahun ditemukan lemas hari ini selepas dibawa arus deras ketika mandi-manda di Sungai Batang Lassa, Sibu, kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa pertama ditemukan pekerja feri Muara Lassa pada jam 6.30 pagi tadi.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat mangsa kedua pada jarak 2 km dari lokasi terakhir mereka mandi-manda pada jam 8.22 pagi tadi.

“Usaha pencarian diteruskan ke kawasan hilir sungai sebelum menemui mangsa ketiga pada 9.05 pagi kira-kira 4km dari lokasi insiden berlaku,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat tiga remaja itu dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian Ahad lalu, empat remaja lelaki dikatakan mandi-manda di perairan Batu Nangar, Daro.

Bagaimanapun tiga daripadanya dibawa arus deras manakala seorang lagi terselamat. – SM

BACA Tragedi bot karam di Semporna: Pelancong warga asing mati lemas

BACA Pengasas Kiddicare meninggal dunia selepas lemas di acara Ironman Langkawi

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button