Politik

Mampukah PH pertahan Selangor?

1. Dua Persoalan yang paling penting sehari dua ini ialah samada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Selangor dapat dipertahankan ?

Di Negeri Selangor, Pakatan Harapan telah berjaya menang 16 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional 6 kerusi dan Barisan Nasional 0 kerusi Parlimen pada PRU ke 15, baru lalu.

Ya betul tu, BN 0 kerusi Parlimen dari 2 yang di menangi pada PRU ke 14 iaitu di Tg. Karang (kubu kuat UMNO melalui Tan Sri Noh Omar) dan Sabak Bernam.

2. Di Selangor, pada PRU ke 14 yang lalu, PH menang 51 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN 4 dan PAS 1 kerusi sebelum episode Azmin Ali melompat masuk BERSATU dan Kerajaan Persekutuan PH jatuh dengan Langkah Sheraton.

3. Secara Theori-nya, PH mempunyai 51 kerusi DUN dan akan bertanding di kesemua kerusi DUN tradisi mereka.

Manakala UMNO hanya dilihat mampu bertanding di 4 kerusi yang mereka menang dan campur 1 kerusi PAS. Maka UMNO boleh bertanding di 5 kerusi DUN pada PRN Selangor tahun ini.

Berkemungkinan UMNO boleh tambah 1 kerusi lagi menjadi 6 iaitu di DUN Semenyih, yang UMNO menang pada Pilihanraya Kecil (By-Election).

4. Orang-orang Melayu mahu lihat bagaimana kerjasama politik antara UMNO-BN dengan Pakatan Harapan ini.

Berapa banyak kerusi yang PKR boleh bagi kepada UMNO untuk bertanding ?

Dan berapa banyak kerusi DUN yang DAP sanggup korbankan untuk MCA dan MIC ?

5. Presiden UMNO baru-baru ini kata, antara mudarat kecil dengan mudarat besar.

Mudarat kecil lagi Pakatan Harapan.

Manakala, mudarat besar adalah Perikatan Nasional kerana daripada 120 kerusi Parlimen yang ditandingi oleh UMNO pada PRU ke 15, UMNO hanya menang 26 sahaja.

Manakala, PN melalui BERSATU dan PAS menang 74 kerusi-kerusi Melayu.

Maka pada PRU ke 16 nanti, kalau BN bersama PH, BN boleh bertanding di kesemua 74 kerusi-kerusi majoriti Melayu tersebut.

Dengan erti lain, UMNO boleh bertanding di 100 (26 + 74) kerusi Parlimen tersebut Lawan BERSATU dan PAS, tanpa ada pertandingan 3 penjuru dengan Pakatan Harapan (PH).

Kerana lebih kurang 20 lagi kerusi Parlimen majoriti Melayu tersebut dipegang oleh PKR dan AMANAH.

6. Kita lihat nanti bagaimana pembahagian kerusi pada Pilihanraya Negeri Selangor.

7. Buat masa ini, saya amat tertanya-tanya, apa istimewanya Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor sehinggakan mereka boleh memerintah selama hampir 15 tahun iaitu selama 3 penggal berturut-turut semenjak April tahun 2008.

Sebanyak 2 kali iaitu pada PRU ke 13 (2013) dan pada PRU ke 14 (2018), Barisan Nasional dan UMNO cuba merampas kembali Negeri Selangor dari PH tetapi gagal.

8. Kali ini, Rakyat mahu lihat samada Perikatan Nasional mampu ataupun tidak merampas Negeri Selangor dari PH dan BN.

Secara theori-nya PN yang menang 6 kerusi Parlimen di Costal Area (kawasan tepi pantai) iaitu di Parlimen Sabak Bernam, Sg. Besar, Tg. Karang, Kapar dan Kuala Langat serta satu kawasan di Utara Negeri Selangor iaitu Hulu Selangor, PN dilihat mampu (boleh) menang di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan-kawasan Parlimen tersebut kecuali kerusi DUN Sekinchan dalam Parlimen Sg. Besar dan DUN Kuala Kubu Baharu dalam Parlimen Hulu Selangor, yang merupakan kerusi tradisi majoriti Cina.

Di 6 kawasan Parlimen tersebut ada 15 kerusi DUN kerana ada Parlimen yang mempunyai 3 kerusi DUN.

9. Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR ada membuat kenyataan baru-baru ini bahawa Pakatan Harapan berkeyakinan boleh menang 53 daripada 56 kerusi DUN di Negeri Selangor dengan kerjasama politik dengan UMNO-BN.

10. Amat menarik untuk Orang-Orang Melayu melihat perkembangan politik terkini di Negeri Selangor.

Orang-orang Melayu di Selangor mahu lihat samada ada *Angin Perubahan* pada Pilihanraya Umum Negeri Selangor kali ini.

Samada sokongan kepada UMNO meningkat ataupun menurun dengan terjalinnya kerjasama politik *Jajaran Baru dengan DAP dan PKR* ini.

Kita tunggu dan lihat.

*NOTA :*
Pada PRU ke 14 (2018), PAS hanya menang 1 kerusi DUN iaitu di Sijangkang. BERSATU menang 6 kerusi dan UMNO menang 4 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

UMNO menang 1 lagi kerusi DUN di Semenyih pada Pilihanraya Kecil, apabila penyandang meninggal dunia.

*SEKIAN.*

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button