Mampu Beransur-Ansur Tinggalkan Dunia Hiburan, Ini 6 Selebriti Yang Berhijrah!
Mahu tidak mahu terpaksa diakui bahawa industri hiburan adalah sebuah zon ciptaan yang mengandungi unsur-unsur yang melalaikan dan sentiasa ada peluang untuk membawa kita ke arah yang kurang molek.
Tidak dinafikan, mungkin ada segelintir individu yang membina karier dalam industri hiburan berjaya elakkan diri daripada unsur-unsur di atas namun ada juga yang gagal dan terus tenggelam dengan keasyikan.
Industri hiburan memang mengasyikkan namun keseronokannya hanya untuk dunia sementara dan tidak dijanjikan memberi kebahagiaan untuk perjalanan akhirat yang kekal selamanya.
Namun demikian yang baiknya adalah apabila ada selebriti yang mula tersedar dengan mendapat hidayah, rasa takut dan malu kepada Allah SWT itu timbul di hati, penghijrahan mereka sangat bererti.
Hal ini secara tidak langsung penghijrahan mereka boleh menjentik hati-hati peminat yang masih lalai dan meletakkan hiburan sebagai asas penghibur hati perlahan-lahan boleh diperbetulkan.
Jadi kita bagaimana? Melihat dan menilai apa yang ada di depan mata sebagai hanya cerita atau mengambil iktibar? Berikut adalah enam selebriti tempatan yang popular dan kini berhijrah:
Faizal Ismail (Penyampai Radio)
Saharul Ridzwan (Pelakon)
Nabil Ahmad (Pelakon, Pelawak & Pengacara)
Mizz Nina (Penyanyi)
Zizi Kirana (Penyanyi)
Izara Aishah (Model & Pelakon)
Sebenarnya terdapat ramai juga selebriti lain yang berhijrah serta mula kurang libatkan diri dalam industri hiburan dan ‘kesenyapan’ daripada pandangan media bukan bermakna tiada job.
Sebaliknya mungkin Allah SWT telah anugerahkan rezeki dengan cara lain sehinggakan kebanyakan selebriti ini tiada rasa terkurang jika terhindar daripada perkara-perkara yang boleh melalaikan.
Semoga kita juga dipermudahkan urusan untuk membuang rasa cinta dan seronok pada dunia yang sementara untuk fokus pada perjalanan akhirat yang kekal serta lebih panjang jangka masanya!