Uncategorized

Malaysia terbuka jalin hubungan perniagaan antarabangsa

MALAYSIA terbuka untuk menjalinkan hubungan perniagaan antarabangsa walaupun sebahagian besar sempadan masih ditutup, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu berkata dia yang ditugaskan untuk menerajui usaha pemulihan selepas pandemik akan menyusun hala tuju untuk pemulihan yang dipanggil Pelan Pemulihan Nasional 2.0.

Menurut beliau, Pelan Pemulihan Nasional 2.0 merupakan kesinambungan strategi keluar Pelan Pemulihan empat fasa terdahulu yang telah berakhir pada Disember lalu.

“Pelan Pemulihan Nasional 2.0 akan berusaha untuk melakarkan laluan pemulihan yang inklusif dan sistematik yang akan melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan bangkit semula lebih kuat daripada sebelum pandemik.

“Jelas bahawa peluang untuk membina semula ekonomi dan masyarakat kita untuk sesuatu yang lebih baik daripada era pra-pandemik adalah banyak.

“Cadangan nilai kami kepada pelabur adalah kukuh:pelaburan kami ekosistem teguh, kemudahan menjalankan perniagaan bertambah baik, pemulihan pandemik sedang dijalankan, infrastruktur fizikal dan digital kami sentiasa dinaik taraf.

“Selain itu, kumpulan bakat kami luas dan mendalam, kekuatan institusi kami adalah kukuh, asas ekonomi kami cemerlang dan diiktiraf di peringkat global,” katanya semasa di majlis makan tengah hari rangkaian kebangsaan di Ekspo 2020 Dubai, hari ini.

Muhyiddin turut berharap lebih banyak perniagaan akan melabur di Malaysia dan syarikat Malaysia pula meneroka peluang bukan sahaja dalam Emirian Arab Bersatu tetapi merentasi Majlis Kerjasam Teluk (GCC).

“Marilh kita menempa nasib bersama untuk masa depan yang lebih bermakna, bukan sahaja semasa pandemik tetapi semasa endemik dan seterusnya.

“Banyak kerja keras menanti kita. Semasa tahun baru ini berlangsung, kerjasama dan perpaduan akan menjadi kunci jika kita tidak mahu melihat ke belakang tahun-tahun bermasalah ini.

“Pilihan di tangan kita, berdiri bersama atau jatuh bersendirian. Saya berada di pihak yang optimis,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button