Nasional

Malaysia Techlympics peringkat zon Sabah pupuk minat sains

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, hari ini
menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah bertempat di Universiti Malaysia Sabah.

Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah merupakan pelaksanaan zon kedua selepas pelaksanaan di Zon Pantai Timur pada 7 dan 8 Ogos 2024 yang lalu.

Penganjuran tahun ini menyaksikan seramai hampir 800 orang peserta dari negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkumpul bersama-sama untuk bersaing bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2024 di Putrajaya.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohammad Yusof menyatakan penganjuran Malaysia Techlympics diteruskan pada tahun ini sebagai satu inisiatif konsisten Kementerian untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia khususnya di kalangan murid, pelajar serta belia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) amat komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat para pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics membudayakan STI
melalui program-program pembudayaan STI di luar bilik darjah yang berterusan kepada golongan sasaran yang terlibat khususnya kanak-kanak dan pelajar di peringkat bangku sekolah dalam memperkasakan agenda STEM Negara.

Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 telah dilaksanakan bermula bulan Julai hingga November tahun ini di  seluruh negara melalui penganjuran secara fizikal dan dalam talian bagi meningkatkan penyertaan dan capaian
masyarakat setempat. Malaysia Techlympics seterusnya akan dilaksanakan di Peringkat Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics, sila layari laman web rasmi www.mytechlympics.com . –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button