Nasional

Malaysia sumbang peralatan, bekalan perubatan Covid-19 kepada Indonesia

MALAYSIA menyumbang bantuan kemanusiaan berkaitan Covid-19 kepada Indonesia hari ini.

Sumbangan yang dilakukan oleh Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah berbentuk peralatan dan bekalan perubatan berkaitan pandemik Covid-19 di Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Hermono menerima sumbangan bagi pihak Indonesia.

“Usaha ini mencerminkan hubungan baik dan kukuh di antara kedua-dua negara.

“Pelbagai Kemterian dan Agensi Malaysia telah bekerjasama rapat dalam menjayakan usaha ini.

“Sebagai jiran terdekat, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama rapat dalam memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.  Antara peralatan yang disumbangkan termasuk ISO tank containers with liquid oxygen, oxygen concentrators, therapeutic, medicines dan disposable items.

Penghantaran utama bantuan dilakukan memalui pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan barangan selebihnya akan dihantar secara berperingkat.

Malaysia akan meneruskan kerjasama rapat dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan antarabangsa dalam menangani implikasi Covid-19 serta ke arah pemulihan sepenuhnya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button