Nasionalpilihan

Malaysia-Singapura komited selesaikan isu tertangguh

MALAYSIA-Singapura komited untuk menyelesaikan itu tertangguh seperti perjanjian air dan sempadan maritim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ia diharap dapat diselesaikan sebelum Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Meskipun sedikit rumit, beliau, sekiranya isu berkenaan selesai segera, ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Sehubungan itu Anwar memberi jaminan kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bahawa Malaysia akan cuba mempercepatkan proses berkenaan.
“Saya bagi jaminan kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bahawa saya akan pastikan pegawai kita bekerja lebih pantas sekiranya boleh dan jika tidak, mereka perlu kemukakan kepada perhatian saya.
“Ia akan menjadi hebat jika kita dapat selesaikan sebelum mesyuarat dua hala menjelang akhir tahun ini.
“Kalau kita boleh selesaikan esok, minggu depan kami akan menjemput Wong untuk datang (Malaysia) tapi ia mungkin ambil masa,” katanya pada sidang media bersama rakan sejawatnya, Lawrence di Kompleks Seri Perdana Putrajaya.
Wong sedang dalam lawatan kerja sulungnya ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan itu menggantikan Lee Hsien Loong Mei lali.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Anwar dan Wong sebelum itu mengadakan pertemuan lebih satu jam untuk berbincang mengenai langkah bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Wong pula berkata, pertemuan lebih sejam bersama Anwar adalah peluang baik untuk mereka menyentuh perkara terbabit.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk datang ke Malaysia pada bila-bila masa bagi membantu mempercepatkan penyelesaian isu tertunggak tersebut.
“Apa sahaja perbezaan yang mungkin ada dalam isu ini tidak boleh menjejaskan warna kita.
“Bagaimana kita mengurus hubungan keseluruhan, tidak boleh mengurangkan kemungkinan untuk meneruskan bidang kerjasama baharu.
“Jadi itulah semangat yang kami ada dalam menangani isu-isu ini.
“Kami berharap sekurang-kurangnya walaupun tidak dapat diselesaikan sepenuhnya (isu tertunggak) tetapi dapat melihat kemajuan yang sangat baik ketika Sesi Pemukiman Pemimpin akan datang,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button