Malaysia Sedia Kehilangan Sabah & Sarawak Kepada Indonesia? Ini Andaiannya!
Indonesia bakal memindahkan ibu negaranya ke kepulauan Borneo mulai suku pertama 2024 selepas banyak kali tertangguh akibat Covid-19.
Jika melihat cadangan lokasi terbaharu Indonesia untuk dijadikan ibu negara, Kalimantan Timur memiliki nadi yang sebati dengan Kepulauan Borneo.
Bayangkan Malaysia telah melakukan bermacam-macam untuk Semenanjung Malaysia tetapi ada ‘sesuatu’ yang tertinggal di Sabah dan Sarawak.
Adalah menjadi satu kerugian buat Malaysia dan bagaimana untuk seimbangkannya? Mungkin wajar petadbiran Malaysia dipindahkan sama ada di Sabah mahu pun Sarawak.
Pada ketika itulah mungkin Sabah dan Sarawak akan dijaga bagai anak emas dan apa rasionalnya Indonesia bercadang memindahkan ibu negaranya?
Sudah pasti untuk membangunkan kawasan-kawasan lain di bawah kekuasaan Indonesia dan bayangkan apa jadi jika perpindahan itu berjaya disempurnakan?
Kalimantan Timur akan membangun dan takkanlah Sabah serta Sarawak yang begitu besar hanya akan ‘menahan sabar’, pastinya tempias pembangunan itu diperlukan sekali.
Jadi bagaimana caranya? Sama ada ada rundingan pada masa akan datang ibu negara Malaysia atau pentadbiran negara Malaysia berpindah ke Sabah dan Sarawak.
Atau Malaysia sedia lepaskan Sabah dan Sarawak kepada Indonesia kerana rekod membangunkan kedua-dua kawasan tersebut seperti tersangatlah lambat.
Namun demikian, ini cuma andaian sahaja dan tidak mustahil untuk berlaku kerana tampuk kepimpinan juga sering bertukar-tukar pada masa depan!