Nasional

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman berani mati di Ankara

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman berani mati di Ankara, Turkiye semalam, yang mencederakan dua anggota polis.

“Malaysia berdiri dalam solidariti dengan Kerajaan Turkiye dan masyarakat antarabangsa dalam menolak sebarang tindakan keganasan yang bertujuan mengganggu proses politik yang sah,” kata Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini.

Agensi Anadolu melaporkan seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di hadapan Direktorat Jeneral Keselamatan di ibu negara pada 9.30 pagi waktu tempatan.

Dua pegawai polis mengalami kecederaan ringan manakala seorang pengganas dibunuh oleh pasukan keselamatan di pintu masuk.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu, sambil menambah bahawa Kedutaan Malaysia di Turkiye sedang memantau perkembangan itu dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di Turkiye digesa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” tambah kenyataan tersebut. -SM

Baca : Jualan beras RM1 laris setengah jam di Kangar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button