PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group, Börje Ekholm.
Dalam kunjungan itu, Ericsson Group memberikan status terkini berhubung Pelaksanaan Rangkaian 5G yang sedang disusun atur di seluruh Malaysia.
Lebih menarik, Ericsson juga mengakui bahawa Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G.
“Saya sebagai Perdana Menteri amat memahami bahawa teknologi dan rangkaian 5G memainkan peranan besar dalam melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia Impak positif yang bakal diterima oleh Keluarga Malaysia.
“Selain itu, peningkatan tahap produktiviti dan nilai tambah industri daripada pelaksanaan teknologi 5G amat jelas sekali,” katanya dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri turut memberi tahu Börje Ekholm telah memberikan komitmen kepadanya setelah 57 tahun Ericsson bertapak di Malaysia, Ericsson akan terus mempergiat aktiviti dan pelaburan di Malaysia.