Luar Negara

Malaysia kutuk serangan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu dan dron oleh puak pemberontak Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi sejak beberapa minggu lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataannya hari ini berkata, provokasi berterusan oleh Houthi adalah tidak produktif ke arah keamanan dan kestabilan di Yaman kerana tindakan pencerobohan selanjutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan di negara itu.

“Selaras dengan sokongan Malaysia terhadap rayuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Mac 2020 mengenai gencatan senjata global di tengah-tengah pandemik Covid-19, Malaysia menggesa semua pihak di Yaman agar segera menamatkan provokasi ini,” kata kenyataan itu.

Dengan kerjasama rakan kongsi serantau, inisiatif Malaysia melancarkan pernyataan sokongan kepada rayuan Setiausaha Agung menerima sokongan lebih 170 negara anggota PBB, negara pemerhati bukan anggota dan pemerhati pada 23 Jun.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia akan terus menggesa semua pihak untuk bekerja secara konstruktif bagi penyelesaian politik untuk keamanan kekal di Yaman. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button