Nasional

Malaysia Ketinggalan ‘Bas’ Kerana Sistem Pendidikan Kuat Berdiskriminasi Berpuluh Tahun?

Malaysia dilihat masih meneruskan tradisi untuk mendiskriminasi pelajar yang mengikuti sistem pendidikan nasional tanpa mengkaji kesannya kepada sektor ekonomi dan pembangunan negara.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM, Dr. Anuar Ahmad berpendapat, sistem pendidikan seharusnya mempunyai banyak aliran bagi pendidikan menengah untuk kerjaya masa depan.

“Jenamakan beberapa sekolah sedia ada atau bina lebih banyak sekolah sukan, sekolah muzik dan seni, sekolah perniagaan serta sekolah pertanian misalnya.

“Jangan hanya fokus sekolah akademik sahaja kerana anak-anak kita perlukan lebih banyak pilihan aliran pendidikan menengah untuk kerjaya masa depan,” tulisnya dalam satu coretan di Facebook.

Anuar menulis demikian sebagai respon kepada sistem pendidikan nasional yang sudah bertahun-tahun berat sebelah dan menganiaya pelajar yang memiliki bakat serta lain-lain kebolehan.

Meninjau ke ruangan komen pula, Mohd. Hazri Samad juga mempertikai sistem pendidikan yang melakukan diskriminasi dan dikategorikan pandai mengikut sistem, dapat banyak manfaat.

“Dari dulu lagi sistem pendidikan di Malaysia mengasingkan murid pandai dan kurang pandai. Yang pandai diberi biasiswa dari sekolah berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara sehingga ke universiti.

“Yang kurang pandai duduklah di sekolah-sekolah kampung dan felda sedangkan semua pelajar sama dari segi potensi diri masing-masing,” komennya.

Kata Mohd. Hazri, yang kurang pandai semasa sekolah pun berkerja dan banyak menyumbang kepada ekonomi negara, maka pengasingan sekolah elit dan sekolah kampung tidak seharusnya terjadi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button